...:::AHLAN WASAHLAN:::...

Fahamilah erti syukur

Pernah suatu petang di Raudhatul Hanan setelah seminggu aku di situ, aku melintasi bilik belajar dan ternampak seseorang yang duduk di dalam bilik belajar. Bila kuamati, rupanya anak ini sedang kusyuk menyiapkan folio keluarganya. Aku mendekatinya. Rupanya Neeza (bukan nama sebenar). Aku mengenalinya sebagai seorang gadis cilik yang amat ramah berbicara. Dia bersekolah agama dalam tingkatan satu. Aku meminta izinnya untuk meneliti lampiran-lampiran kertas yang berselerak di atas mejanya. Alangkah terkejutnya aku apabila salah satu lampiran tersebut adalah lampiran surat cerai ayah dan ibunya. 

Alhamdulillah, akhirnya di sini


 Alam semesta ini adalah geraknya. Iradat dan kudratnya. Betapa asyiknya kita menatapnya dan memikirkan ayat-ayatnya. Dunia ini adalah madrasah bagi hamba-hamba-Nya yang bertakwa.
Allah menegaskan:
               “Bertakwalah kepada Allah. Allah akan mengajar kamu.” (Surah Al-Baqarah, ayat 282).
Kita juga berharap Allah akan mengajar kita cara-cara memperbaiki dan mengatur kembali masyarakat ini. Umat Islam yang hebat akan lahir apabila kita berjaya menjadi hamba yang berzikir, di mana setiap kalamnya adalah dakwah, diamnya zikir, nafasnya tasbih, matanya rahmat, telinganya terjaga, fikirannya baik sangka, gerak hatinya doa, tangannya sedekah, kakinya jihad, kekuatannya silaturrahim, kerinduannya tegaknya syariat Allah dan kesibukannya asyik memperbaiki diri.

Surat Cinta Buat Seorang Hawa



Cemburu kulihat sang pungguk memadu rindu dengan Sang Bulan. Cemburu kulihat Sang Helang terbang berdua-duaan. Cemburu juga aku pada Si Belangkas yang hidup berkasih sayang. Tapi, aku terus kepiluan...
Hawa yang dicipta untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.

Kuterbang bebas dalam duniaku. Ibarat Sang Helang yang gagah melebar sayap di ufuk Timur, berani...Kuibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini. Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki. Kuterbang setinggi-tingginya meredah awan tanpa ada tembok membataskan, tanpa ada dinding yang menghalang. Tatkala sesekali bayu kencang menerjah, kuterbang rendah.

Anak muda Malaysia buktikan benci judi esok



KUALA LUMPUR, 2 Julai: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyeru anak-anak muda Malaysia bersama-sama dalam himpunan kempen Tak Nak Judi esok, 3 Julai di Masjid Negara sebagai membuktikan kepada negara bahawa mereka membenci judi.
Setiausahanya, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, semua agama dan bangsa dialu-alukan untuk menyertai kempen tersebut kerana amalan judi jelas bertentangan dengan semua agama.
"Wahai anak-anak muda Malaysia bangkitlah menolak rasuah, salahguna kuasa, pembaziran dan perjudian. Masa depan negara terletak di tangan kita. Bebaskan negara daripada amalan berjudi. Buktikan keazaman kita untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanah air daripada amalan keji ini.
"Mari kita buktikan kepada negara bahawa generasi Anak Muda Malaysia bencikan judi. Marilah kita buktikan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kami semua bencikan judi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.