...:::AHLAN WASAHLAN:::...

Tinta Pertama Admin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah S.W.T Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., serta ahli keluarganya, sahabat-sahabat radiallahuanhu dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayah-Nya, telah mengizinkan hamba-Nya ini memulakan langkah dalam menulis artikel dan cetusan pengalaman di ruangan blog ’JALAN-JALAN KEHIDUPAN’ ini.

Mari kita renungi firman Allah S.W.T

”Wahai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, larangilah dari perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” Surah Luqman: 17


Berpegang pada kalam inilah, kugagahkan langkah melibatkan diri semula dalam dunia blogging. Walaupun temanya mungkin berbeza sedikit daripada blogku sebelum ini. Jika sebelum ini aku hanya terlibat dalam dunia blog berunsur akademik. Ia merupakan tugasan yang diberi oleh pensyarah semasa aku berada di pengajian tahun tiga. Blog tersebut lebih kepada refleksi-refleksi yang ditulis hasil setiap P&P di dalam kelas. Namun, aku gembira menulis dan berkongsi. Aku teruskan kegembiraan itu hingga detik ini. Aku harapkan kegembiraanku dalam menulis dipanjangkan Allah.

Blog ’JALAN-JALAN KEHIDUPAN’ ini tidak terhad kepada mana-mana tajuk entry yang tertentu. Ia berkisar mengenai 'KEHIDUPAN' dan ertinya.

Harapanku, tidak kira artikel berunsur pendidikan, kerohanian, dakwah, muhasabah, santai dan sebagainya, semuanya diharapkan mampu memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca dan merenunginya. Aku juga akan berusaha untuk menulis setiap sumber bahan yang diperolehi untuk dimuatkan dalam entry ini (di bahagian bawah artikel). Ini bertujuan bagi memudahkan bagi kalian yang ingin merujuknya kembali.

Besar harapanku, semoga ruangan blog ini mampu memberi manfaat dan bimbingan kepada semua agar memperoleh ilmu dan iltizam yang tinggi untuk menghadapi cabaran bagi meneruskan kehidupan di dunia ini serta mendapat keredhaan Allah di akhirat kelak. Insya Allah.

Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan kupinta keampunan Allah S.W.T atas yang sedemikian itu kerana tiadalah daya dan upayaku melainkan dengan pimpinan dan pertolongan-Nya.

Teguran yang membina adalah amat dialu-alukan

Sekian,Wassalam.