Pernah suatu petang di Raudhatul Hanan setelah seminggu aku di situ, aku melintasi bilik belajar dan ternampak seseorang yang duduk di dalam bilik belajar. Bila kuamati, rupanya anak ini sedang kusyuk menyiapkan folio keluarganya. Aku mendekatinya. Rupanya Neeza (bukan nama sebenar). Aku mengenalinya sebagai seorang gadis cilik yang amat ramah berbicara. Dia bersekolah agama dalam tingkatan satu. Aku meminta izinnya untuk meneliti lampiran-lampiran kertas yang berselerak di atas mejanya. Alangkah terkejutnya aku apabila salah satu lampiran tersebut adalah lampiran surat cerai ayah dan ibunya.
Aku mendiamkan diri dan meminta izin untuk berlalu pergi. Neeza juga pernah menceritakan padaku mengenai ibu dan ayahnya. Ayahnya yang berketurunan Cina memeluk Islam dan berkahwin dengan ibunya yang berketurunan Melayu. Allah menguji Neeza kerana mendapat seorang ibu yang bisu. Walaupun begitu, ibunya sangat penyayang. Neeza juga mempunyai dua anak adik lelaki dan seorang kakak. Pernah Neeza menceritakan padaku mengenai ayahnya. Setelah ayahnya bercerai dengan ibunya, ayahnya menjadi murtad dengan memeluk agama Kristian. Hari pertama di Raudhatul Hanan lagi, aku mengetahui bahawa Neeza disahkan menghidap penyakit kencing manis aras satu sejak berusia 12 tahun. Kadang-kadang dia mengalami keadaan ‘hipo’ di mana paras gulanya terlalu rendah atau terlalu tinggi sehingga menyebabkannya terlantar di wad berhari-hari lamanya. Pernah suatu ketika kaki Neeza kejang sehingga dia meraung-raung kesakitan dan akhirnya dibawa ke hospital untuk dirawat. Namun semangatnya untuk meneruskan kehidupan tidak pernah luntur. Terutamanya dalam hal pelajaran. Dia mendapat bantuan biasiswa dan pemurahnya hati Neeza ini bila mana semua wang biasiswa tersebut digunakan sepenuhnya untuk membayar perbelanjaan tuisyen dia dan sahabatnya baiknya di Raudhatul Hanan, Aliza.

Terdetik dalam hatiku, Ya Allah, tabahnya anak ini dalam kehidupannya. Boleh dikatakan hampir setiap malam Neeza tidak lupa berpesan padaku agar membangunkannya kala dinihari untuk bertahajud. Tapi, Neeza selalu saja tidak sedar. Aku juga selalu sahaja tidak berpeluang mengejutkannya. Akhirnya, setelah bermalam-malam dia gagal melakukan tahajud. Neeza berdoa suatu malam sebelum tidur,
“Ya Allah, aku ingin bangun tahajud malam ini. Bangunkanlah aku Ya Allah walaupun sehingga menyebabkan aku terkencing sekalipun.”
Allah perkenankan doa Neeza akhirnya dan dinihari itu, Neeza tersedar. Setelah bangun membersihkan dirinya lantas dia bertahajud dan berdoa. Esoknya, kulihat Neeza kelihatan gembira dengan usahanya yang berbaloi. Tidak putus-putus senyuman di wajahnya menyatakan keberjayaan usahanya.
Inilah langkah awal seorang hamba dalam mendekatkan diri pada Tuhan-Nya.
“Ya Allah, kumohon pada-Mu..bimbinglah hati Neeza dan anak-anak di sini kearah kebaikan. Limpahkanlah maghfirah dan rahmat-Mu dalam kehidupan kami di sini…amin”
Alhamdulillah, tiada daya dan kekuatan untuk melaksanakan kebaikan dan tiada daya dan kekuatan untuk meninggalkan kejahatan melainkan dengan pertolongan Allah.
No comments:
Post a Comment